Tuesday, October 23, 2007

24 Oktober 2007

Tahu apa yang danial buat pagi tadi? "Hero" betul la anak mama ni...

Pagi tadi lebih kurang 7.15 pagi, mama ada dengar danial bagitau nek pian yang danial nak ke rumah tok. Masa tu mama tengah sibuk bersiap untuk ke kolej. So mama tak keluar tengok pun sebab memang danial dah biasa berulang-alik dari rumah tok ke rumah nek. Cuma kami semua memang tahu yang danial ni jenis 'cepat'. Kalau tak tengok betul-betul alih-alih dah ke sungai la anak mama ni. Tapi selama ni everything under control. Lain pulak yang jadi hari ni.

Selepas mama dah siap apa yang patut, mama terus masuk ke kereta. Tapi baru jer nak masukkan gear,tetiba nampak tok dengan kecohnya pegang tangan danial sebelah, then pegang kail dan pancing sebelah tangan lagi. Eh kenapa pulak. Nampak kecohhh jer!

Rupa-rupanya danial tak masuk ke rumah tok pun. Masa danial pergi tu tok tak sedar pun. Alih2 danial dah masuk ke rmh (maybe, ambik pancing kemudian terus ke bendang! Sayang mama! Terkejut betul mama dengar story tok tu sayang. Alhamdulillah, tak ada apa2 yang berlaku. Batas bendang tu tempat orang lalu lalang sayang...Siap ada mini tar lagi. Motor dan keta, mesti laju.

Kata tok lagi, ada orang yang datang bagitau dia yang danial dok kat atas batas bendang sekarang. Astaghfirullahalazim... Mengucap panjang mama, sayang. Bayangkan danial yang baru nak masuk 3 tahun, dah berjalan sorang-sorang, ke bendang di tepi jalan pulak tu! Nauzubillahiminzalik. Syukur alhamdulillah, Allah pelihara anak mama ni.

Memang mama terkejut sangat pagi tadi. Terkejut yang teramat sangat. Macam mana la anak mama berani sampai macam tu sekali. Tu yang mama cakap tadi "hero" tu.

Danial sayang,
Disebabkan perkara-perkara macam nilah, mama selalu tak bagi danial ulang-alik dari rumah tok ke rumah nek. Nasib baik pagi tadi ada orang nampak danial, kalau tak,ke mana la lagi danial akan pergi.

Danial sayang,
Danial, ayah dan adik adalah buah hati, permata hati mama. Jagalah diri baik-baik sayang, jadilah anak yang soleh. Mama sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk kebahagiaan masa depan danial dan adik. Dengarlah cakap mama dan ayah sayang. Mungkin sekarang danial tak faham kenapa kami melarang begitu begini. Apa yang mama dan ayah buat semata-mata menjaga danial daripada sebarang kecederaan dan kesakitan, baik pada tubuh badan dan juga pada hati danial. Mama dan ayah langsung tak nak anak mama dan ayah ni disakiti, dari apa sahaja sayang.